"

Gambar Pernikahan Lisa Surihani,Yusry


Dengan sekali lafaz, Yusry Abdul Halim sah bergelar suami kepada Lisa Surihani Mohamed. Majlis pernikahan mereka diadakan di Hotel Marriot, Putrajaya, selepas solat Isyak kira-kira pukul 9 malam, Khamis.

Acara dimulakan dengan upacara berbalas pantun mengikut adat tradisi orang Melayu lama oleh kedua-dua belah pihak.

Pasangan tersebut diijabkabulkan sendiri oleh abang sulung Lisa iaitu Mohamed Azan Mohamed dengan disaksikan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang, Halim Mat Isa.

Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 250 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga rapat pengantin dan wakil media.

Pengantin perempuan menerima seutas rantai platinum sebagai mas kahwin sementara wang hantaran dirahsiakan jumlahnya daripada pengetahuan umum.

Dalam pada itu, pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang. Selain seutas rantai, antara barang hantaran lain yang diberikan Yusry kepada Lisa termasuklah sirih junjung, bunga rampai, cincin, kelengkapan solat dan kek.

Manakala Lisa membalas sirih junjung, bunga rampai, sebentuk cincin, koleksi cakera padat kumpulan The Beatles, sebuah peralatan muzik keyboard, kelengkapan solat, kelengkapan pakaian lelaki, manisan dan kek.



credit to mStar | GUA





Jika sebelum ini gambar perkahwinan Lisa Surihani dan Yusry. So now tonton lah video perkahwinan Lisa dan Yusry semasa majlis pernikahan penuh makna ini. Dalam majlis pernikahan ini, Lisa Surihani menerima seutas rantai Platinumsebagi mas kahwin manakala wang hantaran dirahsiakan. Video di bawah khas untuk para peminat Lisa Surihani dan juga Yusry KRU. Selamat menonton video majlis pernikahan dan perkahwinan Lisa dan Yusry!

0 ulasan:

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | GreenGeeks Review