"

Buah - buahan asmara


Buah – buahan  asmara

      Avokado – Masyarakat Aztec di peru menggelar avocado sebagai pokok buah zakar. Ia kaya dengan vitamin B6 yang membantu mengurangkan tekanan.Ia juga adalah sebahagian daripada pengeluar hormon testosterone.
      Cara pengikat kasih: Avokado boleh digunakan dalam banyak jenis masakan. Buah avocado yang masak boleh dibuat puri untuk dijadikan kuah cecah guacamole.Gaul denagn jagung manis untuk dijadikan snek sebelum tidur.

      Tembikal – Pakar mendapati likopena, beta karotena dan antoksidan dalam buah tembikal mempunyaikeupayaan untuk mengendurkan saluran darah dan seterusnya meningkatkan darah dan seterusnya meningkatkan libido
(keinginan seks).
      Cara pengikat kasih : Selain dibuat jus, tembikal boleh menghidupkan suasana percutian di pulau tropika yang indah jika dibuat moktel.

      Buah Tin – Pasangan kekasih mendapati bentuk dan rasa buah tin yang manis dapat menyemarakkan perasaan dan keintiman mereka. Dari segi pemakanan, buah tin kaya dengan asid amino yang membentuk hormon seks.
      Cara pengikat kasih : Tutup mata pasangan anda dan suruh dia mengunyah buah tin untuk menambah rangsangan.

     Betik – Disebabkan bentunya seperti payu dara wanita, betik dianggap erotic dalam budaya  masyarakat tradisional, Ia kaya dengan antioksidan dan vitamin c, Ini menjadikan betik sumber yang baik untuk meningkatkan kesuburan. Beti adalah buah serbaguna.Yang muda boleh dibuat kerabu atau salad untuk sajian romatik.Betik yang masak lazat dimakan begitu sahaja,lebih lebih lagi jika disejukan dalam peti sejuk.
     Cara pengikat kasih : cedok isi betik dengan sudu dan suapkan ke mulut pasangan anda.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | GreenGeeks Review